SUDAH namanya Zul Ariffin, setiap kali dia memuat naik foto momen-momen manis sepanjang menunaikan ibadah haji pada tahun ini, memang ramai yang teruja. Cair hati dibuatnya.
Mana tidaknya, aktor itu juga tidak lokek berkongsi pengalaman haji kepada para peminat yang sememangnya ternanti-nanti cerita daripadanya.
Paling baharu yang dikongsi kepada peminat ialah foto-fotonya di hadapan Kaabah lengkap berpakaian ihram dan imej botaknya. Makin ‘panaslah’ saham Zul sekarang. Kalau sebelum ni sekadar ‘the next lelaki idaman’ Malaya sekarang dah jadi ‘Abang Haji’ idaman Malaya pula!
Lucu juga Diva baca komen-komen peminat yang sudah mula menggelarnya sebagai ‘Abang Haji’.
“Assalamualaikum Abang Haji,” komen peminat wanitanya.
Selain itu, bintang filem Penunggang Agama itu juga meluahkan kerinduan terhadap cuaca panas ketika melakukan wukuf di Arafah baru-baru ini.
“Pelik, saya sangat merindui cuaca panas di Arafah.
“Semoga semua dapat peluang untuk ke sini, amiin,” katanya.
DIVA: Selain Zul, Diva juga seronok baca perkongsian Alif Satar mengenai pengalaman hajinya.