fbpx

Wanita ketakutan diganggu warga asing dalam bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar individu terbabit bertindak kurang sopan sehingga menganggu wanita berkenaan.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila diganggu seorang lelaki warga asing semasa menaiki bas menuju ke Terengganu.

Menerusi video yang dimuat naik Blueberrysheeshcakeee di akaun TikTok miliknya memaparkan, lelaki tersebut bertindak kurang sopan dengan memandang ke arahnya berulang kali.

“Masa naik bas dah perasan seorang mamat ini dia duduk pandang-pandang bukan biasa tapi ‘creepy’ (menyeramkan). Dia dah banyak kali pandang masa saya main telefon.

“Bayangkanlah dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke Mentakab 10 hingga 15 minit sekali dia akan toleh belakang pandang lepas itu senyum-senyum. Kau rasa Shila?,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Bimbang perkara tersebut bertambah serius, wanita tersebut bertindak bijak apabila segera merakam perbuatan individu terbabit.

“Mana tahu boleh jadi bukti bila orang tak percaya saya cakap atau rasa saya cuma mengada dan perasan,” ujarnya.

Bagaimanapun, menurut wanita berkenaan, perkara tersebut telah diadukan kepada pemandu bas terbabit.

“Saya dah lapor dekat pemandu bas ini dan dia suruh tukar tempat duduk dan saya pun dah selamat sampai rumah,” ujarnya.

Tambahnya, dia menasihati wanita di luar sana supaya peka dengan keadaan sekeliling dan lebih berhati-hati.

“Cuma nak pesan kepada gadis di luar sana tolong lebih berhati-hati bila naik bas lebih-lebih lagi seorang,” katanya.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 2,000,000 tontonan dan 68,500 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI