fbpx

Sultan Ibrahim bakal jalani pembedahan bahu kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Johor berangkat menaiki pesawat bagi menjalani pembedahan di DSH2, Selasa ini.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan menjalani pembedahan dibahu kanan Baginda di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2) pada Selasa ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jumaah Majlis DiRaja Johor dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Royal Johor sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu, Sultan Johor akan menjalani pembedahan di bahu kanan Baginda akibat kecederaan lama.

“Tuanku berharap rakyat tidak berasa bimbang, serta berdoa agar semua rakyat Baginda dikurniakan rahmat dan perlindungan oleh Allah SWT.

“Tuanku bertitah Baginda akan tetap berangkat ke acara Kembara Mahkota Johor dan lain-lain acara yang telah dijadualkan berlangsung pada bulan depan,” katanya.

Tuanku bertitah, selepas menjalani pembedahan di bahu kanan, Baginda kemungkinan akan dinasihatkan oleh doktor pakar untuk memakai selempang (sling) bahu buat seketika.

Bagaimanapun, Sultan Ibrahim bertitah perkara itu tidak menghalang Baginda untuk menjalankan tanggungjawab untuk berangkat dan bertemu rakyat di setiap daerah.

“Jumaah Majlis DiRaja menyeru seluruh rakyat bersama mendoakan semoga Tuanku menjalani pembedahan serta pemeriksaan kesihatan susulan dengan selamat dan Baginda dikurniakan keafiatan yang berpanjangan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI