fbpx

Semua pihak bertenang, serah siasatan kematian Dea Maisarah kepada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha (atas, dua dari kanan) pada Program Madani Afiat dan Sambutan Hari Malaria Sedunia peringkat negeri Kedah di Padang EUPE, Taman Ria Jaya, di sini hari ini.

SUNGAI PETANI – Kementerian Kesihatan (KKM) meminta semua pihak bertenang dan menyerahkan siasatan kes kematian Dea Maisarah Baba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kepada polis.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kematian kanak-kanak berusia 10 tahun itu sudah menjadi kes polis dan sedang disiasat pihak berkuasa tersebut.

“Sekarang ini saya tak nak cakap lebih-lebih kerana kes ini sudah jadi kes polis dan dalam siasatan. Kita harap semua bertenang.

“Kita dapatkan dahulu laporan daripada polis dan apa tindakan seterusnya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kes kematian mangsa.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Program Madani Afiat dan Sambutan Hari Malaria Sedunia peringkat negeri Kedah di Padang EUPE, Taman Ria Jaya, di sini semalam.

Berhubung kejadian itu yang tular dalam media sosial itu, Dr. Zaliha meminta masyarakat supaya lebih berhati-hati dengan mendapatkan maklumat yang sahih. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI