fbpx

Saifuddin dakwa Sanusi didenda RM500,000 kerana curi REE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan di Guar Chempedak, dekat Yan hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

YAN – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor didenda RM500,000 atas kesalahan mencuri unsur nadir bumi (REE) di Sik, dekat sini pada tahun lalu.

Kata beliau, denda itu dikenakan ke atas Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Saifuddin pada masa sama turut mencabar Muhammad Sanusi selaku Pengerusi MBI Kedah menjelaskan kebenaran perkara tersebut.

“Pada malam ini saya nak tanya Sanusi sebagai Pengerusi MBI, ada tak dapat surat daripada Datuk Fauzi Mustafa selaku Pengarah PTG Kedah pada hujung tahun lalu?.

“Surat itu mengkehendaki MBI membayar kompaun RM500,000 kerana mencuri REE di Kampung Chong, Sik. Kamu Menteri Besar, kamu Pengerusi MBI, surat itu bertarikh pada 4 Oktober 2022,” katanya
ketika berucap pada Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Guar Chempedak, di sini malam ini.

Dakwa beliau, surat berkenaan dialamatkan kepada Pengerusi MBI dengan kompaun dilakukan di bawah Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara.

“Kejadian berlaku pada pukul 2.30 petang, 24 September 2022 kerana mencuri REE. Yang tandatangan (surat) adalah Datuk Fauzi,” dakwanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya akan terus mendedahkan kepincangan dilakukan Muhammad Sanusi dari semasa ke semasa.

“Kita lantik Menteri Besar untuk urus negeri, bukan jadi pencuri. Ini adalah permulaan dan kita ada lagi beberapa siri pendedahan dengan dokumen lengkap kerana kita percaya rakyat Kedah cerdik.

“Jangan sesekali memandang rendah kebijaksanaan orang Kedah, mudah-mudahan paling kurang (kemenangan) 19 kerusi Dewan Undangan Negeri akan jadi kenyataan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI