fbpx

Perakaunan, Sains Komputer paling banyak dipohon lepasan SPM di UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Majlis Belia Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin (dua kanan) dan Roziah (tiga kiri) pada majlis tersebut di Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam, hari ini.

SABAK BERNAM – Perakaunan dan Sains Komputer merupakan jurusan paling laris dipohon bagi peringkat pengajian diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd. Janor, permohonan tersebut dibuat para pelajar lepasan Siji Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.

Katanya, pihaknya menerima lebih 70,000 permohonan bagi kursus asasi dan diploma bagi sesi pengambilan September depan.

“Bagaimanapun, hanya 26,000 sahaja diterima bagi kemasukan baharu ini dengan 76 program diploma ditawarkan UiTM.

“Paling laris sudah tentu Perakaunan dan Sains Komputer,” katanya selepas perasmian penutupan Program Semarak Siswa Madani (SSM) di Dewan Seri Bernam, di sini hari ini.

Roziah memberitahu, pihaknya menjangkakan seramai 60,000 pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan membuat permohonan untuk kemasukan peringkat ijazah.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut hanya 25,000 hingga 30,000 sahaja permohonan yang akan dipilih untuk masuk ke universiti berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI