fbpx

Pemandu treler dihempap kepingan kaca seberat 3 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chitjit Puengboon dihempap oleh kepingan bersama bingkai kaca di belakang kenderaannya sendiri di Cherng Talay, Phuket, kelmarin. - Foto The Phuket News

BANGKOK – Seorang pemandu lori mati akibat dihempap ​​kepingan kaca dan bingkai seberat 3 tan yang dibawanya di Cherng Talay, Phuket, kelmarin, lapor laman berita Thaiger semalam.

Seorang pegawai polis tempatan, Leftenan Kolonel Warawut Sensob dari Balai Polis Cherng Talay dimaklumkan mengenai kemalangan ngeri itu pada pukul 2.30 petang (waktu tempatan). Dia mendapati treler tersebut berada di hadapan sebuah gudang besar yang sedang menjalani pembinaan semula.

Mangsa dikenali sebagai Chitjit Puengboon, 44, yang berasal dari wilayah Nakhon Phanom. 

Mayatnya ditemui di dalam treler di bawah kepingan kaca yang sangat besar dan setebal beberapa sentimeter.

Melalui bantuan kren di lokasi, kepingan kaca itu diangkat sekali gus membolehkan anggota penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang kemudiannya dibawa ke Hospital Thalang.

Kulchira Phumprathum, 40, yang merupakan pembantu ketua kampung Moo 6 memberitahu bahawa kemungkinan Chitjit berada di bahagian belakang treler ketika kepingan kaca itu dinaikkan.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI