fbpx

Malaysia kehilangan legenda olahraga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANAPIAH

KUALA LUMPUR – Arena sukan negara menerima perkhabaran duka apabila dilaporkan legenda olahraga tanah air, Hanapiah Nasir menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi.

Berita itu disahkan bekas ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan, Zainal Abas yang mengakui, pemergian Allahyarham, 66, merupakan satu kehilangan besar buat arena sukan tanah air.

Allahyarham yang dilahirkan pada 12 Oktober 1975 di Jasin, Melaka, merupakan seorang atlet bernama besar dalam sejarah sukan negara sehingga pernah diberi gelaran ‘Ironman‘ kerana kehebatannya dalam acara dekatlon.

Pelbagai kejayaan pernah dimenanginya di peringkat antarabangsa antaranya empat pingat emas di pentas Sukan SEA menerusi acara dekatlon pada edisi 1981 dan 1983; 110 meter (m) berpagar serta lompat jauh edisi 1985.

Bukan itu sahaja, Allahyarham juga pernah memecahkan beberapa rekod Sukan SEA termasuk rekod dekatlon kebangsaan yang bertahan selama 16 tahun.

Allahyarham kemudiannya berkecimpung dalam bidang kejurulatihan dan pernah menggalas tugas sebagai ketua jurulatih olahraga kebangsaan serta pensyarah kejurulatihan World Athletics.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Kampung Baru malam ini dan dikebumikan esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI