fbpx

Majikan ‘hilang’, pekerja restoran turunkan harga menu demi gaji tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pekerja salah sebuah restoran makanan Thai di Kuala Lumpur mendedahkan pihaknya buntu mencari jalan penyelesaian demi mendapatkan gaji yang tertunggak setelah majikan mereka dipercayai menghilangkan diri.

Perkara itu didedahkan menerusi akaun Tik Tok restoran terbabit sejak semalam dan mendapat tontonan lebih 219,000 setakat ini.

“Sempena bos dah lari,  pihak pusat beli-belah menawarkan bantuan dengan tidak mengenakan sewa satu hingga dua bulan.

“Jadi, kami turunkan harga menu supaya orang datang makan. Jom bantu kami dengan makan di sini.

“Banyak (makanan) yang sudah tiada, semua menu turun harga sebab nak cari duit gaji. Boleh ke hendak tampung RM96,000 dalam masa singkat?

“Kedai pun ‘slow’ sekarang. Beli barang masak kat pasar, guna duit jualan tunai nak pusing buat untung dapatkan gaji,” tulisnya menerusi video berkenaan.

Sehubungan itu, pekerja restoran berterima kasih kepada pihak pengurusan yang membantu setelah majikan mereka lepas tangan dan menghilangkan diri.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa pekerja restoran berkenaan selain memberitahu akan singgah makan di premis tersebut kelak.

“Nanti kami singgah insya-Allah tunggu gaji masuk, selalu nampak kedai ini tapi tak pernah masuk sebab anak-anak tidak pandai makan makanan Thai,” tulis bykakbell.

“Dah dua kali pergi, memang tiada orang tapi makanan sedap. Perkhidmatan pun okay,” kata Nabellanajib. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI