fbpx

Lebih 5,000 sertai aktiviti 6,600 Langkah Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (tengah) melakukan regangan badan sebelum melepaskan peserta 6,600 Langkah Perpaduan pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah di Meru Raya, Ipoh hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI/KOSMO!

IPOH – Kira-kira 5,000 peserta menyertai aktiviti larian dan berjalan 6,600 Langkah Perpaduan di Bulatan Sultan Azlan Shah di Meru Raya, di sini pagi ini.

Pelepasan aktiviti itu dilakukan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada pukul 7.45 pagi.

Langkah Perpaduan 6,600 itu anjurkan sebagai sebahagian daripada program kemuncak hari ini iaitu Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di lokasi sama.

Langkah 6,600 diambil sempena 66 tahun hari Kemerdekaan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan merasmikan pelancaran tersebut hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI