fbpx

‘Kerajaan banyak kerja lain daripada sekat TikTok Sanusi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution.

PETALING JAYA – Kerajaan masih mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan daripada menyekat akaun TikTok milik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak TikTok akan menyekat akaun sekiranya pihak tersebut menerima aduan daripada pengguna.

“Cerita content (kandungan) TikTok kena padam. TikTok ini siapa punya? Bytedance.Ltd (sebuah) firma teknologi dari China.

“Pengguna TikTok seperti juga platform media sosial yang lain tertakluk kepada pantang larang yang boleh dan tidak boleh (dilakukan).

“Kiranya yang sekat (akaun) TikTok kita ialah public bukannya kerajaan. Public buat aduan dan TikTok sekat.

*Kerajaan Malaysia ada kuasa sekat akaun TikTok kita? Jawapannya tidak,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Sanusi dilaporkan berkata, tindakan pihak yang menyekat akaun media sosial TikTok miliknya sebagai penakut.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu mengarahkan pihak berkenaan supaya akaun tersebut dikembalikan.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution menyelar Sanusi kerana menuduh Malaysia menjadi Korea Utara hanya kerana akaun TikTok beliau disekat.

“Saya tentunya tak setuju sebab memang bukan kerajaan yang buat, kita pun banyak kerja lain (hendak dibuat),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI