fbpx

Kejohanan Dunia jadi sasaran Azeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (kiri) menamatkan saingan acara 100m di Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok, Thailand pada kedudukan kelima ketika aksi final kelmarin.

BINTANG pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi mampu mendabik dada apabila kini memegang status pelari kelima terbaik Asia biarpun gagal menaiki podium Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok, Thailand.

Azeem, 19, menampilkan larian yang cukup bertenaga dengan catatan masa 10.25 saat (s) untuk meraih kedudukan kelima pada final 100 meter (m) di Stadium Nasional Supachalasai kelmarin.

Kini, fokus atlet dari Teluk Intan, Perak itu terarah untuk memecahkan rekod 100m kebangsaan 10.09s diciptanya tahun lalu pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary dari 19 hingga 27 Ogos depan.

“Ia satu penanda aras yang cukup tinggi untuk saya menuju ke Kejohanan Dunia dan Sukan Asia nanti. Walaupun saya tak dapat masa yang dimahukan, tetapi saya amat gembira,” katanya.

Pingat emas 100m dimenangi pelari Jepun, Hiroki Yanagita dengan masa 10.02s, manakala perak menjadi milik Abdullah Abkar Mohamed dari Arab Saudi (10.19s) dan gangsa pula diraih atlet Iran, Hassan Taftian (10.23).

Menariknya, Azeem terlepas kedudukan keempat menerusi penentuan photo-finish dengan raja pecut Qatar, Femi Ogunode yang pernah memegang rekod Asia menerusi catatan 9.91s.

Kejayaan itu menyaksikan Azeem yang kini berpangkalan di Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat, menjadi prospek terbaik kontinjen negara meraih pingat Sukan Asia Hangzhou di China pada September depan.

Kali terakhir wakil negara ke final 100m Kejohanan Asia melalui Khairul Hafiz Jantan pada edisi 2017 di Bhubaneswar, India tetapi penyertaannya dibatalkan kerana false start.

Sebagai rekod, legenda olahraga, Watson Nyambek kekal satu-satunya pelari pecut negara berjaya meraih pingat di pentas Kejohanan Asia selepas memenangi perak edisi 1998 di Fukuoka, Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI