fbpx

Hilang di Tuaran, ditemui lemas di Kudat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki yang hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melalui jambatan gantung Kampung Damat – Kampung Lakang, Tuaran pada 8 Julai lalu ditemui lemas di perairan Kudat pagi semalam. -Foto: Ihsan Bomba

TUARAN – Remaja lelaki yang hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melalui jambatan gantung Kampung Damat – Kampung Lakang pada 8 Julai lalu ditemui lemas di perairan Kudat pagi semalam.

Mayat Mohd Hisham Iskandar Azli, 13, ditemui oleh orang awam di perairan Kudat, Kampung Rukom, kira-kira 102.13 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) semalam sudah memasuki hari kelapan dan pihaknya menerima maklumat awam terdapat penemuan mayat seorang remaja lelaki  pada pukul 9.10 pagi di Kampung Rukom, perairan Kudat.

“Bertindak atas maklumat itu, pasukan penyelamat bergerak ke lokasi bagi pengesahan. Pengecaman awal identiti mangsa oleh ahli keluarga pada pukul 4.15 petang.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5 petang,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, Mohd Hisham bersama lima rakannya pada 8 Julai lalu dilaporkan berada di atas jambatan gantung sebelum mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI