fbpx

Gempar beruang merayau masuk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seekor beruang yang dikatakan berkeliaran di Sungai Panjang baru-baru ini.

SABAK BERNAM – Penduduk Kampung Hala Cara Baru, Parit 16, Sungai Panjang di sini gempar dengan penemuan seekor beruang matahari yang berkeliaran di kawasan itu, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu disedari orang awam sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, sepasukan anggota Perhilitan Sabak Bernam bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat dari Pondok Polis Merbau Berdarah.

“Setibanya pada pukul 4 petang, anggota kita bertemu dengan pengadu dan pergi ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan. Pihak kami menemukan kesan tapak kaki beruang di lokasi tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, pihaknya menjalankan rondaan di kawasan itu, namun tidak menemui beruang tersebut. Kelibat haiwan itu juga tidak dijumpai berkemungkinan telah memasuk semula hutan simpan berdekatan.

Jantina dan usia beruang itu juga tidak dapat dipastikan setakat ini. Orang ramai diminta supaya segera menghubungi Perhilitan sekiranya ternampak haiwan itu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI