PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menziarahi bekas wartawan bebas, Ng Kan Seng yang uzur di Kampar, Perak, petang tadi.
Menurut beliau, Kan Seng yang tiada sumber pendapatan kini menjaga abang orang kelainan upaya (OKU) dan isteri yang lumpuh separuh badan.
“Ketika ziarah tadi, saya sempat menyampaikan sedikit bantuan untuk mengurangkan beban beliau.
“Ini antara sebab saya melancarkan Tabung Kasih ketika Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023.
“Tujuannya untuk membantu komuniti media yang berdepan kesukaran dan cabaran hidup,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Fahmi berkata, selain Kan Seng, seramai 11 lagi pengamal media telah menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA sejak 14 April 2023. – KOSMO! ONLINE