fbpx

Berhenti tanya bila Shila nak kahwin – Syada Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Syada Amzah minta jangan ajukan soalan tentang kakaknya iaitu Shila Amzah.

PETALING JAYA – Penyanyi Syada Amzah berharap sebarang urusan persediaan perkahwinan kakaknya iaitu Shila Amzah dengan tunang, Ubai tidak diajukan kepadanya.

Syada atau nama lengkapnya Nursyuhada Amir Amzah menegaskan bahawa dia tidak menjaga kehidupan peribadi kakaknya walaupun mempunyai pertalian darah.

“Berhenti tanya saya tentang dia (Shila) bila berkahwin, di mana majlis kerana saya betul-betul tidak tahu,” katanya dalam hantaran Instagram.

Sementara itu, bekas peserta Big Stage musim kedua itu turut melarang pengikut mengirim sebarang hantaran kepada kakaknya kerana Shila juga tidak gemar dengan perbuatan berkenaan.

“Tolonglah jangan kirimkan apa sahaja saya hantar di sini atau di mana-mana kepada kakak saya. Dia tidak suka.

“Kalau mahu tengok dia, boleh lihat sendiri. Akaun saya tidak dikunci pun,” tambahnya.

Sebelum ini pada Mei lalu, Shila Amzah melangsungkan majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup bersama pasangan pilihannya iaitu pempengaruh media sosial bernama Ubai.

Shila yang juga bergelar ibu tunggal kepada seorang cahaya mata pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkongsian hidup, Shila dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI