fbpx

Alahai Sophia Al Barakbah, lebih baik kunci mulut saja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOPHIOA AL BARAKBAH

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba nama Sophia Al Barakbah kembali menjadi sebutan ramai kerana didakwa sebagai penyondol kepada rumah tangga pasangan selebriti popular iaitu Fazura dan Fattah Amin.

Pelik juga Diva, ketika ditemu bual, Fazura tidak menjaja nama sesiapa tetapi netizen pula yang memetik nama Sophia.

Ada masa, rasa kasihan dengan Sophia sebab setiap kali ada masalah rumah tangga artis, pasti nama dia yang naik.

Mungkin ramai yang masih geram dengan kejadian sebelum ini tetapi tidak adil untuk menjatuhkan hukum sebegitu.

Untuk Sophia pula, Diva nasihatkan kunci sahaja mulut dan ambil pendekatan berdiam diri.

Semakin mempertahankan diri, semakin banyak benda yang ‘kantoikan’ diri sendiri.

Jadi, tidak perlu ulas atau balas komen netizen serta biarkan sahaja gosip sebegitu berlalu pergi. Berbahagialah dengan teman lelaki ya.

DIVA: Suka lihat cara Ernie Zakri dan Syamel didik anak, sempoi!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI