fbpx

Spurs mahu pujuk Kane supaya kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE bakal ditawarkan perjanjian baharu yang sangat lumayan sekiranya bersetuju untuk kekal bersama Spurs. - AFP

LONDON – Tottenham Hotspur dilapor bersedia untuk mengekalkan khidmat penggempur utamanya, Harry Kane dengan mengemukakan tawaran untuk kontrak baharu.

Masa depan Kane bersama kelab itu samar untuk menghadapi musim baharu ekoran baki kontraknya yang hanya tinggal 12 bulan sahaja lagi menyebabkan namanya dikaitkan dengan perpindahan menyertai beberapa pasukan.

Bayern Munich menjadikan Kane sasaran utama mereka pada jendela perpindahan kali ini selepas Thomas Tuchel menganggap dia mampu menguatkan jentera serangan pasukan berkenaan.

Selain Bayern, dua lagi pasukan gergasi Eropah, Paris Saint-Germain dan Chelsea juga dilaporkan turut mengintai peluang mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

Bagaimanapun, masalah utama ketika ini adalah tanda harga yang terlalu tinggi diletakkan oleh Pengerusi Spurs, Daniel Levy yang berbaki kontrak semusim serta sudah berusia 30 tahun menyebabkan urusan perpindahan tersebut sukar menjadi realiti.

Tanda harga yang dianggap melampau itu didakwa bertujuan untuk memastikan tidak ada mana-mana pasukan yang sanggup untuk membelinya bagi memberikan peluang Spurs memujuk Kane untuk menandatangani kontrak baharu.

Kapten England itu dilaporkan bakal menerima tawaran perjanjian baharu dengan gaji mingguan mencecah £400,000 (RM2.38 juta) seminggu sekiranya bersetuju untuk kekal bersama pasukan berkenaan.

Selain tawaran mewah berkenaan, Spurs juga dilaporkan bersedia membuka peluang lebih besar buat Kane dengan memberikannya kesempatan untuk menyertai kelab itu sebagai jurulatih selepas persaraannya nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI