fbpx

Sasar sejuta pekerja sertai keahlian kesatuan sekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamal (berdiri, kanan) bersama seorang belia Orang Asli yang mengisi borang untuk menyertai Askar Wataniah di Pos Brooke, Gua Musang. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia menyasarkan seramai sejuta keahlian yang menyertai kesatuan sekerja menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia, Kamal Pardi berkata, sehingga kini, sebanyak 760 buah kesatuan atau 960,000 orang pekerja di negara ini mendaftar sebagai ahli kesatuan sekerja.

Katanya, pekerja digalakkan menyertai kesatuan sekerja kerana ia bertindak sebagai perunding antara pekerja dan majikan terutamanya melibatkan kebajikan selain faedah yang lebih banyak kepada mereka.

“Kita dapati keahlian kesatuan sekerja di negara ini masih belum mencapai tahap yang diharapkan kerana jumlah itu tidak mencecah sejuta orang pada masa ini.

“Saya berharap pekerja di negara ini menyertai kesatuan sekerja dan bergerak sebagai kumpulan yang membantu majikan dan bukannya menjadi golongan pendesak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial (CSR) JHEKS bersama masyarakat Orang Asli di Pos Brooke di sini, semalam.

Kamal memberitahu, sebanyak 20 agensi dan 30 kesatuan sekerja di negeri Kelantan dan Terengganu selain beberapa negeri lain menyertai program CSR tersebut yang memberi perkhidmatan termasuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Orang Asli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI