fbpx

Sanusi hanya pelawak politik – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bersama kepimpinan UMNO Bahagian seluruh Kedah di Dewan MRSM Merbok, dekat Sungai Petani hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

SUNGAI PETANI – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hanya pelawak politik yang mempunyai ramai pengikut.

Kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, sehubungan dengan itu rakyat Kedah diminta membuat pilihan terbaik untuk memilih pemimpin yang berwibawa dan berwawasan tinggi untuk memajukan negeri ini.

“Kalau pelawak politik yang tidak mempunyai aura dianggap sangat popular maka kita serahkan kepada kebijaksanaan pengundi-pengundi di negeri kedah.

“Yang kita cari adalah kerajaan yang berwibawa, yang kita cari ialah pemimpin yang serius menjaga soal-soal kepentingan dan kemakmuran rakyat, bukan hanya menjadi pelawak politik,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan jentera pilihan raya UMNO dan BN di Dewan MRSM Merbok, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, menyentuh tentang permohonan ampun Sanusi terhadap Sultan Selangor hari ini, katanya, agensi penguatkuasaan perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap Menteri Besar itu yang didakwa menyentuh isu 3R iaitu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja.

Kata Timbalan Perdana Menteri itu, permohonan maaf sahaja tidak mencukupi kerana Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sudah mengingatkan agar ahli politik tidak menyentuh isu berkenaan.

“Banyak pihak juga telah menyebut perkara ini termasuk Mursyidul Am partinya sendiri (Datuk Hashim Jasin), kalau benar itu nasihat yang telah diberikan tetapi mungkin terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai saranan Muhammad Sanusi agar beliau melakukan taubat nasuha sebanyak 48 kali, Ahmad Zahid berkata, nasihat itu harus dilakukan oleh beliau sendiri kerana Menteri Besar itu sudah mengakui kesilapan dan meminta maaf.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI