fbpx

Red Giants ‘bantai’ Harimau Kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOHANDRY Orozco (jersi merah) turut cemerlang ketika jadi pencetus kepada gol kedua Selangor yang dihasilkan oleh Richmond Boakye-Yiadom. - FB Selangor FC

PETALING JAYA – Selangor melebarkan rekod tanpa kalah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya buat kali ketujuh berturut-turut selepas menewaskan Penang FC 3-0, sebentar tadi.

Lebih manis kemenangan itu turut menyaksikan Red Giants kekal di tangga kedua Liga Super dengan 37 mata dan kali terakhir Selangor dipalit kecewa adalah ketika tunduk 4-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), 17 Mac lalu.

Kejayaan kali ini juga menyerlahkan reaksi positif daripada anak buah Tan Cheng Hoe selepas ditewaskan Sri Pahang, Ahad lalu dan lebih manis menyaksikan penyerang import baharunya, Richmond Boakye-Yiadom membuka akaun jaringannya di Liga Malaysia (Liga M).

Selangor yang terus menyenaraikan Safuwan Baharudin dalam kesebelasan utama nyata menjadi pasukan lebih baik namun terpaksa menanti sehingga minit ke-28 untuk membuka jaringan menerusi Mahmoud Al Rawabdeh.

MAHMOUD Al Rawabdeh menghasilkan gol pertama untuk bantu Selangor atasi Penang FC 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. FB Selangor FC

Jaringan itu seakan membangkitkan Penang daripada ‘lena’ dan Red Giants wajar berterima kasih kepada penjaga gol, Sam Somerville yang dua kali bertindak cemerlang menafikan sepakan percuma Adriano sekaligus memastikan 45 minit pertama menjadi milik tuan rumah

Ketika Penang FC terus dipalit masalah sentuhan penyudah, minit ke-59 menyaksikan Boakye-Yiadom berjaya menambah gol kedua untuk menjadikan tuan rumah makin selesa.

Seterusnya Red Giants kekal dengan penguasaan permainan dan berpeluang menambah jaringan sebaliknya kesempatan itu gagal disudahkan dengan baik oleh Boakye-Yiadom dan Faisal Halim.

Usaha berterusan Selangor akhirnya membuahkan hasil dan kini giliran Faisal merakam nama selaku penjaring pada minit ke-78. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI