fbpx

PRN: Berpolitik ikut dasar parti, elak sentuh isu 3R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im (dua dari kanan) beramah mesra dengan peniaga Karnival Al-Falah 2023 di SMK Kampung Laut, Tumpat hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

TUMPAT – Semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) diingatkan supaya berpolitik mengikut polisi dan dasar parti masing-masing tanpa menyentuh mengenai sebarang isu sensitif melibatkan kaum, agama dan institusi raja (3R).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pihak yang bertanding perlu mementingkan polisi dan dasar parti masing-masing demi kebajikan rakyat.

Menurutnya, bagi memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman sejahtera, sebarang isu 3R perlu dielakkan.

“Kita perlu akur titah Yang di-Pertuan Agong supaya tidak menyentuh mengenai sebarang isu 3R dan pendekatan itu perlu dilakukan semua pihak meskipun berlainan parti politik.

“Semua parti politik seharusnya bertarung untuk mengeluarkan polisi dan dasar yang ingin dilakukan untuk kebajikan rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Al-Falah 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im memberitahu, pihaknya turut menasihatkan kepada semua parti politik supaya tidak menyalahgunakan institusi agama termasuk masjid dan surau untuk tujuan politik.

Katanya, perkara tersebut sudah dijelaskan oleh majlis agama Islam di setiap negeri yang tidak membenarkan institusi agama digunakan untuk sebarang aktiviti kempen.

“Dalam konteks ini, majlis agama di negeri masing-masing sudah jelas tidak membenarkan masjid digunakan untuk tujuan politik.

“Garis panduan berhubung perkara itu sudah jelas. Sekiranya masih berlaku, kita akan menyerahkan perkara itu kepada bahagian penguat kuasa agama negeri untuk mengambil tindakan, “ katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI