fbpx

Peruntukan RM3 bilion untuk projek tanam padi lima musim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) menyampaikan Insentif Pembangunan Sektor Perikanan, Tanaman dan Tanaman Padi kepada para penerima pada Majlis Sentuhan Madani peringkat Kedah di Ibu Pejabat MADA, Alor Setar hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM3 bilion bagi menjayakan projek penanaman padi lima musim dalam dua tahun berskala besar di negara ini.

Kata beliau, peruntukan itu antaranya bagi menyediakan infrastruktur seperti sistem pengairan dan jalan di kawasan sawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) seluas 201,000 hektar bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun.

“Projek ini dilakukan oleh Jabatan Pertanian, MADA dan Padiberas Nasional Bhd. (Bernas).

“Saya berharap semua pesawah dapat memberikan kerjasama penuh kepada MADA dan Bernas untuk menjayakan projek ini dalam usaha untuk meningkatkan hasil. Kalau sekarang kita kerja pulun macam mana teruk pun, hasil memang terhad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sentuhan Madani peringkat Kedah bersama Peladang, Penternak, Nelayan, Penoreh dan Pekebun Kecil di Ibu Pejabat MADA, di sini hari ini.

Menurut Anwar, projek tersebut perlu dilakukan secara berskala besar kerana program rintis penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun itu sudah menunjukkan hasil yang positif.

“Kalau tanya apa niat Anwar, saya nak pastikan dengan kerjasama rakan-rakan saya bahawa nasib pesawah padi di bawah pentabiran kita yang tegas ini terbela selain cuba bersihkan daripada sebarang kerja sakau.

“Kita nak pesawah mendapat pendapatan yang betul-betul tinggi iaitu dari RM1,200 naik kepada RM1,800 sebulan. Dengan cara sedemikian, kita juga dapat selesaikan masalah negara daripada segi keterjaminan makanan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI