fbpx

Pelanggan terkejut kena bayar nasi padang RM69.55

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar nasi padang bersama resit harganya RM69.55 yang dibeli seorang wanita di sebuah kedai di medan selera di Lapangan Terbang Changi kelmarin. - Foto Stomp

SINGAPURA – Seorang wanita merungut selepas dia membayar SG$20.30 (RM69.55) untuk nasi padang yang dibeli di sebuah kedai di Lapangan Terbang Changi kelmarin, lapor portal berita Stomp semalam.

Dia mengunjungi sebuah gerai di medan selera untuk makan tengah hari dan memesan nasi, sayur, rendang daging lembu dan sepotong ikan.

Wanita itu memberitahu Stomp: “Saya dikenakan harga mengejut SG$20.30.

“Dua kakitangan wanita menjelaskan bahawa hirisan ikan adalah barangan makanan laut pada harga SG$12 (RM41.11) yang saya tidak diberitahu terlebih dahulu. Saya menyemak semula papan tanda gerai itu dan tidak menemui sebarang petunjuk harga untuk makanan laut.

“Saya berharap mereka dapat meningkatkan ketelusan harga makanan,” katanya.

Sebagai tindak balas kepada pertanyaan Stomp, jurucakap kedai itu berkata, pihaknya telah berusaha untuk menyediakan pilihan makanan yang berkualiti kepada pengguna. 

“Kami menyedari perkara ini dan sedang bekerjasama rapat dengan penyewa kami untuk menambah baik papan menu dengan petunjuk harga yang lebih jelas.” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI