fbpx

Pelajar universiti awam maut jatuh tingkat 4 kondo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan polis menjalankan siasatan di lokasi seorang pelajar universiti awam maut terjatuh kondominium di Seksyen 7, Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang pelajar universiti awam maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 5.47 petang dengan mangsa merupakan seorang wanita berusia 23 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa mengalami tekanan perasaan dan mendapat rawatan sakit mental.

Katanya, kali terakhir mangsa menerima rawatan tersebut adalah pada 10 Julai lalu di Hospital Shah Alam.

“Hasil siasatan awal, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat empat di bahagian tempat letak kenderaan bangunan tersebut. Tiada unsur-unsur jenayah ditemui dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan sebarang maklumat lanjut berkenaan kes ini boleh disalurkan kepada Sarjan Mejar Shafawi ditalian 011-33642465. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI