fbpx

Pegawai perubatan baharu akan ditempatkan di Hospital Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (tiga dari kanan) beramah-mesra dengan kakitangan kesihatan Klinik Desa Pulau Bahagia, Manir, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Penempatan segera pegawai perubatan baharu akan dilakukan di Hospital Melaka bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan sejak awal bulan ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, penempatan semula pegawai perubatan yang diserap secara lantikan tetap sedang dilaksanakan di semua fasiliti kesihatan di seluruh negara.

“(Bahagian) Sumber Manusia (Kementerian Kesihatan) memang telah mengenal pasti mana (fasiliti kesihatan) yang perlu dinaikkan penempatan tetap.

“Fasiliti kesihatan kita tidak boleh biarkan, mesti beroperasi seperti biasa setiap hari,” katanya selepas meninjau salah sebuah klinik uzur di Klinik Desa Pulau Bahagia, Manir di sini hari ini.

Semalam tular di media sosial tentang surat pekeliling bertarikh 30 Jun lalu berhubung pelan Kementerian Kesihatan mengatasi kelewatan masa menunggu dan rawatan pesakit di Unit Kecemasan Hospital Melaka tular.

Ia disebabkan penempatan semula ramai pegawai perubatan hospital tersebut ke fasiliti kesihatan lain setelah diserap secara lantikan tetap mulai 1 Julai lalu.

Zaliha menjelaskan, kekurangan pegawai perubatan tersebut tidak menjejaskan perkhidmatan kesihatan di Hospital Melaka berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI