fbpx

Nasib Misbun ditentukan minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria meluahkan kekecewaan atas aksi hambar ditampilkan skuad remaja negara pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia.

KUALA LUMPUR – Kedudukan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM), Datuk Misbun Sidek bakal ditentukan Jawatankuasa Khas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) minggu depan.

Jawatankuasa yang diketuai Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam dibantu Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh bakal membuat penilaian terhadap prestasi skuad negara pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia.

Ahli Majlis BAM menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap aksi yang ditampilkan skuad remaja negara di Yogyakarta apabila tersingkir di pusingan suku akhir dalam acara berpasukan campuran.

Selain itu, Malaysia juga dilihat longlai dalam acara individu apabila tidak ada satu wakil pun yang berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir.

“Kita lihat keputusan Remaja Dunia tahun lepas dan prestasi tidak memuaskan. Selepas pelbagai usaha yang dibuat selama ini, keputusan di Yogyakarta sangat menyedihkan walaupun ranking pemain kita agak baik.

“Hari ini (BAM) setuju membentuk Jawatankuasa Khas yang diketuai Datuk Subramaniam. Keputusan (kedudukan Misbun) akan dibuat dalam masa terdekat, mungkin minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Untuk rekod, Malaysia gagal menepati ramalan sebagai pilihan utama dalam acara berpasukan campuran selepas tewas kepada Thailand 0-3 di pusingan suku akhir.

Sementara itu, Subramaniam enggan menuding jari terhadap sesiapa atas keputusan tersebut selain sedia mengadakan pertemuan empat mata dengan Misbun bagi membincangkan perkara tersebut.

“Kami mahu bertemu dengan Misbun dan mendengar penjelasan beliau mengenai apa yang berlaku. Kami perlu buat penilaian terhadap situasi semasa dan tengok apa yang boleh diperbaiki,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI