fbpx

Menang dulu, baru bincang siapa Menteri Besar Negeri Sembilan – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad ketika melawat booth syarikat serta beramah-mesra dengan pengunjung sempena Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Belia Parlimen Rembau, di Dewan Agora, di sini, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

REMBAU – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan hadapan adalah lebih utama dari perbincangan mengenai indvidu yang bakal menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Mohamad berkata, buat masa ini, beliau berharap agar fokus jentera Kerajaan Perpaduan untuk menghadapi PRN tidak tergelincir dengan memikirkan soal Menteri Besar itu.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak atau menyatakan terlalu awal untuk memberikan sokongan terhadap siapa yang bakal menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan BN menang dalam PRN akan datang.

“Kita macam ni lah, ‘we cross the bridge first’. Pastikan kita menang, kalau setakat minta-minta tak boleh juga. Tidak perlu lah kita berebut jawatan tetapi pastikan kita boleh tubuh kerajaan (Kerajaan Negeri).

“Dah tubuh kerajaan nanti kita runding elok-elok. Kita tentukan siapa dalam parti BN siapa calon yang kita rasa paling layak lepas tu berunding pula antara BN Dan PH. Kalau kedua-dua parti boleh tubuh Kerajaan itu sepatutnya yang perlu dilakukan,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Belia Parlimen Rembau, di Dewan Agora, di sini, hari ini.

Sebelum ini, DAP Negeri Sembilan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan apabila gabungan PH dan BN memenangi PRN bulan hadapan.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sokongan adalah berdasar komitmen yang telah diberikan oleh Pengerusi PH Negeri Sembilan itu sepanjang lima tahun mentadbir negeri.

Terdahulu, Mohamad turut menjelaskan sokongan boleh diberikan oleh mana-mana pihak terhadap siapa yang diketengahkan sebagai Menteri Besar, namun, soal perlantikan jawatan seperti Perdana Menteri (PM) dan Menteri Besar (MB) adalah tertakluk kepada perlembagaan.

“Melantik PM dan MB adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Raja Raja atau Sultan negeri masing-masing.

“Parti tak boleh buat apa-apa kerana dalam perlembagan hak mutlak melantik adalah terletak kepada Duli Yang Maha Mulia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI