fbpx

Kontroversi dodgeball: KBS jumpa pihak terlibat minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah Yeoh.

GEORGE TOWN – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil maklum kontroversi gangguan seksual oleh jurulatih dodgeball melibatkan beberapa murid sekolah rendah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Damansara, Selangor.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, laporan polis berhubung kejadian tersebut telah pun dibuat.

“Kementerian Pendidikan (KPM) turut ambil maklum mengenai situasi ini dan telah masuk (sekolah) untuk menjalankan siasatan. Minggu depan, saya akan berjumpa dengan pihak yang terlibat bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Khamis lalu, media melaporkan yang guru besar sekolah berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kejadian berlaku pada 26 Jun lalu.

Menurut laporan terbabit, jurulatih itu telah menanggalkan seluar murid, mencubit puting dada murid lelaki, mengacah mahu menjatuhkan kayu ke atas kemaluan murid lelaki dan menyuruh murid perempuan merangkak di celah kangkang.

Selain itu, pihak sekolah juga telah mendapat aduan daripada ibu bapa mereka ternampak jurulatih tersebut keluar daripada bilik stor bersama anak perempuannya pada 5 Mei lalu dengan alasan memperbetulkan masalah tulang belakang murid berkenaan sebelum soal siasat dilakukan.

Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (PDM), Datuk Radha Krishnan memaklumkan pihaknya sudah diberitahu oleh sekolah berhubung insiden itu selain mengesahkan sekolah tersebut telah membuat laporan polis terhadap jurulatih yang didakwa bertindak luar kawalan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI