fbpx

Kerajaan mahu usahawan desa tembusi pasaran halal global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tiga dari kiri) mengiringi Anwar menyampaikan replika cek kepada penerima bantuan dan kemudahan sempena program Mini Karnival Usahawan Desa di Dataran Amanjaya di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited dalam usaha meningkatkan martabat usahawan desa terutama dalam industri halal global di seluruh dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebolehan pasaran industri halal yang bernilai USD 5 trilion menjelang 2030 itu perlu direbut oleh golongan tersebut ketika ini.

“Saya mohon usahawan desa ambil peluang ini bukan hanya untuk pasaran tempatan tetapi juga luar negara untuk mempertingkatkan diri daripada usahawan mikro, kecil dan sederhana seterusnya hasil produk yang boleh dieksport.

“Terokai dan cuba masuk pasaran antarabangsa. Saya sebagai Pengerusi Majlis Halal Malaysia, apa yang kita boleh lakukan membantu usahawan desa ini adalah ingin pastikan produk halal kita berada di peringkat antarabangsa.

“Kita berusaha dengan MITI bagi mewujudkan rangkaian bukan sahaja di rantau ini tetapi di seluruh dunia. Untuk tahun ini kita dapati unjuran pasaran makanan kita cukup besar malah pada 2030,  sebanyak USD 5 trilion  adalah pasaran untuk produk halal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Mini Karnival Usahawan Desa di Dataran Amanjaya, di sini hari ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap lanjut, kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, KKDW bekerjasama dengan kementerian lain termasuk agensi di bawahnya untuk merealisasikan usaha tersebut termasuk memberi bimbingan dan latihan kepada usahawan terlibat.

“Bantuan ini bukan sekadar usahawan mikro kerana keutamaan KKDW adalah kepedulian menaik taraf mereka. Kita tahu dalam keadaan sekarang hanya lebih sedikit 30 peratus negara kita yang padat di pinggir bandar dan bandar.

“Atas sebab itu KKDW diberi peruntukan lebih RM11.6 bilion untuk luar bandar yang bererti kita tidak pernah pinggirkan masyarakat desa di seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI