fbpx

Kepimpinan Kerajaan Madani masih belum jelas dengan derita rakyat – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar siaran langsung yang dikongsikan Muhyiddin semasa beliau berucap di Konvensyen Profesional Malaysia 2.0 di Shah Alam hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan belum mempunyai hala tuju yang jelas dalam menyelesaikan isu dan masalah dihadapi rakyat ketika ini.

Perkara ini disuarakan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di Konvensyen Profesional Malaysia 2.0 di Shah Alam hari ini.

Katanya, situasi tersebut hanya menyusahkan rakyat selain menghadapi tekanan hidup yang semakin mendesak.

“Masalah rakyat kita yang menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi, ramai peniaga kita terpaksa gulung tikar atau pun masih nak mulakan hidup perniagaan mereka selepas menghadapi tempoh pandemik Covid-19 yang agak panjang.

“Ramai golongan pekerja kelas menengah menanggung kos kewangan yang tinggi khususnya kesan daripada kenaikan lima kali Kadar Dasar Semalaman (OPR) sejak tahun 2022.

“Kesan yang diapit ini disebabkan kepimpinan negara pada hari ini masih lagi belum jelas untuk menentukan hala tuju dan dapat memberikan penyelesaian kepada masalah yang dideritai oleh rakyat, malah makin hari kelihatan makin bercanggah di antara satu sama lain,” katanya.

Katanya, antara kesan lain yang timbul ekoran kelemahan pimpinan kerajaan sedia ada ini adalah tiada agenda ekonomi dan pembangunan negara yang jelas dapat ditunjukkan serta meyakinkan bagi meredakan kebimbangan rakyat.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga menyentuh soal kenaikan OPR yang memberi kesan kepada tempat tinggal rakyat apabila mereka terpaksa berpindah disebabkan rumah yang didiami tidak mampu dibayar lagi.

“Kes rumah dilelong, menggambarkan ramai peminjam tidak mampu untuk meneruskan ansurans bulanan mereka disebabkan kenaikan OPR.

Terdahulu, media melaporkan pasaran lelong bagi hartanah di negara ini meningkat 20 peratus susulan kenaikan kali kelima OPR sejak Mei 2022, yang mengakibatkan ramai peminjam tidak mampu meneruskan bayaran bulanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI