fbpx

Irfan hadiahkan pingat pertama Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRFAN (kanan) bergambar bersama Tuergong (tengah) dan Zankawi pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Stadium Nasional, Bangkok sebentar tadi. - JAD ADRIAN

PETALING JAYA – Impian skuad olahraga negara untuk meraih pingat pertama di pentas Kejohanan Olahraga Asia 2023 akhirnya tercapai melalui kejayaan jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin.

Irfan, 27, memperagakan kualitinyaa apabila berjaya menyambar pingat gangsa dengan catatan 59.63 meter (m) pada final di Stadium Nasional, Bangkok, Thailand sebentar tadi.

Biarpun gagal menghampiri catatan rekod kebangsaan 62.55m pernah dilakukannya di Linz, Austria pada 2017 tetapi prestasi itu membuktikan Irfan kini semakin hampir untuk mendapatkan rentak terbaiknya.

Lebih manis, ini adalah koleksi pingat keduanya di pentas Kejohanan Olahraga Asia selepas terdahulu pernah meraih tempat kedua sewaktu edisi 2017 di Bhubaneswar, India.

Pingat emas acara itu dimenangi Abuduaini Tuergong dari China yang melakukan lemparan sejauh 61.19m, manakala perak dimenangi atlet Kuwait, Eissa Zankawi menerusi catatan 60.23m. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI