fbpx

Hasrat besar Liverpool ikat Kylian Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE hampir pasti meninggalkan PSG pada jendela perpindahan kali ini ekoran beberapa kontroversi yang tercetus. - AFP

LONDON – Liverpool dilaporkan bersedia ‘cuba nasib’ untuk membida penyerang antarabangsa Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe sekiranya mempunyai peluang, tetapi hanya akan direalisasikan perpindahan akan datang.

Sebagai rekod, kelab Merseyside itu giat memantapkan pasukan menjelang kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mendapatkan dua pemain tengah baharu, Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai.

Malah, beberapa pemain utama seperti James Milner, Roberto Firmino, Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita pula telah dilepaskan selepas kontrak mereka berakhir pada penghujung bulan lepas.

Difahamkan, The Reds masih lagi bersedia untuk menerima beberapa lagi tawaran sekiranya ada kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain utama pasukan seperti Fabinho dan Thiago Alcantara pada jendela perpindahan kali ini.

Situasi tersebut membolehkan Liverpool mendapatkan penjimatan gaji mingguan hampir £600,000 (RM3.4 juta) sekiranya semua perpindahan tonggak utama direalisasikan sebelum jendela perpindahan ditutup nanti.

Angka tersebut dilihat sudah cukup untuk menarik minat Mbappe yang menerima gaji sebanyak £650,000 (RM3.9 juta) bersama PSG ketika ini.

Namun, Liverpool hanya akan membuat bidaan pada tahun depan selepas pemain berusia 24 tahun itu tidak lagi memiliki kontrak bersama PSG memandangkan situasi kelab yang tidak bersaing pada kempen Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Ini bukanlah kali pertama skuad kendalian Jurgen Klopp itu dikaitkan dengan Mbappe selepas turut berminat pada tahun lalu sebelum Mbappe memilih untuk menyambung kontrak lanjutan bersama PSG dan Liverpool memilih untuk menandatangani penyerang muda, Darwin Nunez.

Cuma, Liverpool dijangka akan bersaing hebat dengan Real yang lebih bersedia untuk membuat tawaran seawal jendela perpindahan kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI