fbpx

Enjin roket Jepun meletup semasa ujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enjin rekot Epsilon S meletup ketika ujian dilakukan di wilayah utara Akita semalam. - Foto Jiji Press/AFP/Getty Images

TOKYO – Enjin sebuah roket Jepun meletup dan menghasilkan bebola api besar tidak sampai satu minit semasa sesi ujian sekali gus tamparan kepada cita-cita Tokyo untuk meneroka angkasa lepas, lapor portal berita MailOnline.

Enjin Epsilon S iaitu versi tambah baik roket Epsilon yang gagal dilancarkan pada Oktober tahun lalu, meletup kira-kira 50 saat selepas dihidupkan semalam, kata Pegawai Kementerian Sains dan Teknologi, Naoya Takegami.

Insiden itu mencetuskan bebola api,  manakala api membakar tapak ujian di wilayah Akita, utara Jepun.

“Setakat ini (semalam), kami belum menerima sebarang laporan kecederaan daripada Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) yang menyiasat punca letupan,” kata Takegami.

Rakaman video menunjukkan api merebak dan membakar sebuah bangunan kecil berhampiran tapak ujian.

Letupan mengejutkan itu turut menghasilkan kepulan asap besar.

Kepincangan itu turut  berlaku selepas Tokyo menyaksikan percubaan kedua  melancarkan roket H3 generasi seterusnya gagal pada Mac lalu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI