fbpx

Cuaca cerah hampir di seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca baik hampir di seluruh negara, hari ini.

Menurut hantarannya di laman Facebook, hujan lebat, angin kencang dan ribut petir hanya akan melanda satu negeri iaitu di Sarawak.

“Cuaca buruk diramal berlaku di Mukah, Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya.

Sementara itu, di negeri-negeri lain, MetMalaysia meramalkan cuaca cerah sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI