fbpx

BAM senarai pasukan terkuat ke Hangzhou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky percaya skuad berpasukan lelaki mampu untuk memenangi pingat emas pada temasya Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China September depan.

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tampak serius memburu kilauan pingat pada Sukan Asia Hangzhou 2023 September depan apabila menyenaraikan pasukan terkuat ke temasya empat tahun sekali itu.

Senarai tersebut diumumkan sendiri Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia bakal mengetuai cabaran Malaysia dalam acara berpasukan lelaki diiringi Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin, Teo Ee Yi, Goh Soon Huat dan Chen Tang jie.

“Kita juga sudah memberi lampu hijau berhubung pemilihan pemain yang akan menggalas tugas negara pada temasya Sukan Asia nanti. Bagaimanapun, kita tidak menghantar pasukan wanita bagi memberikan fokus dalam acara individu sahaja,” katanya.

Dalam acara individu, Zii Jia dan Tze Yong akan menggalas tanggungjawab bagi acara perseorangan lelaki manakala Goh Jin Wei dan K. Letshanaa dalam perseorangan wanita.

Aaron-Wooi Yik dan Yew Sin-Ee Yi pula akan beraksi dalam acara beregu lelaki manakala Pearly Tan-M. Thinaah dan Go Pei Kee-Valeree Siow menggalas misi menerusi beregu wanita.

Sementara itu, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula bakal membawa cabaran negara dalam acara beregu campuran.

Pengarah Kejurulatihan Beregu ABM, Rexy Mainaky optimis dengan peluang Malaysia untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas menerusi acara berpasukan lelaki.

“Kalau dilihat, memang setakat ini semua pasukan mempunyai peluang sama rata termasuklah kita. Kalau semua berjalan lancar, pasukan (lelaki) kita ada peluang untuk raih emas.

“Sekarang mereka (beregu lelaki) stabil, iaitu Aaron-Wooi Yik dan Yew Sin-Ee Yi. Zii Jia pula sekarang dibimbing Wong Tat Meng dan diharap prestasi lebih baik untuk kita lebih kuat di Sukan Asia nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI