fbpx

Aerotrain KLIA ibarat ‘first class facility, low class maintenance’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dalam bas perantara yang dikongsi Mohd. Puad di Facebook.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi secara sinis mengkritik kemudahan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menyifatkan keadaan tersebut sebagai ‘first class facility, low class maintenance’.

Beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini menggesa pihak pengurusan dan kementerian terlibat untuk segera membaik pulih kerosakan kemudahan aerotrain tersebut kerana telah meyukarkan pergerakan pengguna.

Jelasnya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing perlu memikul tanggungjawab terhadap kemudahan di pintu masuk utama negara itu.

“Apa jadi MOT (Kementerian Pengangkutan)? Shuttle train dari bangunan utama ke terminal pelepasan antarabangsa rosak lagi. Sudah banyak kali rosak.

“Ini dikatakan ‘first cclass facility’ tetapi ‘low class maintenance’. Baik pulih amat lambat. Masa saya ke Jeddah 17 Jun lalu train ini sudah rosak. Bila saya balik sebulan kemudian, ia masih rosak lagi. KLIA adalah pintu masuk pelancong luar negara. Imej negara maju padam bila pelancong bersesak macam sardin naik bas,” katanya.

Tambah beliau, kemudahan di KLIA juga perlu dipertingkatkan bagi menjamin kebajikan pengguna serta pelancong yang datang ke negara ini.

“MAB (Malaysia Airlines Berhad) pun satu hal. Penumpang dan pelancong disumbat sampai berdiri dalam bas dengan ‘hand luggage’ mereka. Kasihan warga emas. Apakah ini ‘Malaysia’s Hospitality’?

“Mana Datuk Tiong King Sing. Dia Menteri Pelancongan. Tidak mahu serbu KLIA kali kedua? Hari itu dia sibuk pasal wanita warga China. Ini melibatkan ribuan pelancong setiap hari. Kenapa diam? Mohon PMX datang lagi ke KLIA,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI