fbpx

80 pelajar dijangkiti konjunktivitis, Kolej Genius Insan USIM ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KGI USIM yang terletak di Nilai, Seremban.

SEREMBAN – Seramai 80 orang pelajar Kolej Genius Insan (KGI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai di sini dijangkiti wabak konjunktivitis sejak 7 Julai lalu.

Penyelaras Hal Ehwal Pelajar KGI, Nor Adlyizan Theis berkata, keadaan tersebut menyebabkan kolej berkenaan diarahkan tutup sehingga 21 Julai ini.

Jelasnya, pelajar-pelajar yang dijangkiti mempunyai gejala gatal pada mata, mata menjadi merah, bengkak dan berair dan mereka disahkan menghidap konjunktivitis.

“Pada mulanya, hanya seorang pelajar dijangkiti pada 7 Julai lalu kemudiannya menjangkiti rakan sebilik sebelum merebak.

“Pengarah Pusat Kesihatan USIM datang membuat tinjauan pada 13 Julai lalu dan mencadangkan KGI ditutup seminggu untuk menghentikan jangkitan.

“Sehingga kini, terdapat 80 pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5 itu telah dijangkiti dan kami telah meminta pihak ibu bapa untuk membawa pelajar pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI