fbpx

258 ahli NUTP berserta ahli keluarga berpeluang tunaikan umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin bertukar dokumen perjanjian bersama Ida pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara NUTP Malaysia dan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd di Hotel Tamu, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seramai 258 orang ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan keluarga berpeluang menunaikan umrah melalui pakej khas pada dari 17 hingga 27 Disember ini.

Kolaborasi tersebut dimeterai pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan NUTP Malaysia, di Hotel Tamu, di sini, hari ini.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, NUTP bukan sahaja memberi perlindungan dan menjaga kebajikan guru semata-mata, mereka juga komited untuk menyediakan lebih banyak manfaat untuk ahli.

“Kerjasama ini selari dengan matlamat NUTP untuk memberi nilai tambah kepada 230,000 ahli di seluruh Malaysia, terutamanya kepada para guru beragama Islam yang ingin menunaikan umrah.

“Selain itu, kerjasama ini bukan hanya melibatkan pakej umrah sahaja, ahli NUTP juga berpeluang untuk melancong ke luar atau dalam negara dengan harga istimewa melalui pakej-pakej lain yang disediakan oleh pihak Andalusia,” katanya.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, kerjasama yang dijalin membolehkan pihak Andalusia menyantuni para guru di samping menyediakan pakej umrah mampu milik dengan perkhidmatan yang lengkap.

“Setiap tahun, semasa cuti sekolah, pihak kami menerima tempahan yang berlipat kali ganda berbanding biasa.

“Oleh itu, banyak tempahan oleh para guru tidak dapat dipenuhi kerana diisi dengan jemaah lain yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah pada waktu sama,” katanya.

Tambah Ida, usaha sama tersebut merupakan bukti pihaknya sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan guru, khasnya ahli NUTP.

“Andalusia juga melihat kolaborasi ini sebagai permulaan untuk lebih banyak lagi kerjasama lain bersama NUTP pada masa akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI