fbpx

West Ham mula muak ‘wayang’ Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE dilaporkan bakal menjadi pemain Arsenal, namun West Ham mendedahkan berang dengan tindakan pasukan itu melengah-lengahkan proses perpindahan. – AFP

LONDON – West Ham United dikatakan mula bengang dengan Arsenal yang dianggap sengaja melengah-lengahkan masa bagi melengkapkan perpindahan pemain tengah, Declan Rice ke Stadium Emirates.

Walaupun kedua-dua pasukan sudah mencapai kata sepakat berhubung perpindahan Rice ke Arsenal dengan nilai £105 juta (RM630.52 juta), namun ia dilaporkan masih belum selesai sepenuhnya.

The Gunners didakwa masih belum menyelesaikan kertas ­kerja bagi memuktamadkan pembe­lian Rice, sekali gus menyebabkan West Ham dalam keadaan ter­desak kerana memerlukan wang hasil penjualan Rice.

Sekiranya perpindahan Rice tidak diumumkan secara rasmi oleh Arsenal, West Ham dikatakan berada dalam keadaan sukar untuk melakukan rundingan dengan pasukan lain bagi mencari pengganti pemain tengah England itu.

Difahamkan, apa sahaja boleh berlaku termasuk pemain ber­kenaan menyertai pasukan lain ataupun kekal bersama pasukan semasa selagi kertas kerja tidak ditandatangani oleh kedua-dua pasukan.

Memandangkan masih belum ada pengumuman rasmi berhubung pembelian Rice, timbul spekulasi yang mendakwa Arsenal tidak memiliki wang mencukupi bagi melengkapkan perpindahan itu selepas berbelanja £65 juta (RM390.34 juta) untuk Kai Havertz.

Untuk rekod, Rice akan menjadi pembelian termahal The Gunners, mengatasi nilai £72 juta (RM432.37 juta) yang pernah dibayar kepada Lille pada 2019 ketika mendapatkan khidmat Nicolas Pepe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI