fbpx

Warung jual tauhu ditutup penduduk tidak tahan bau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warung milik La Phuc Khang yang menjual tauhu terpaksa ditutup kerana jiran-jiran tidak tahan baunya yang busuk di kompleks pangsapuri Tran Quoc Thao. - VnExpress

BANDAR RAYA HO CHI MINH – Beberapa warung makanan di Bandar Raya Ho Chi Minh ditutup selepas penduduk setempat membuat aduan kerana tidak tahan bau busuk tauhu peram, lapor portal berita VNEXPRESS semalam.

Penjual tauhu di kompleks pangsapuri Tran Quoc Thao, La Phuc Khang berkata, warungnya dibuka awal Jun lalu dan penuh dengan pelanggan setiap hari. 

Bagaimanapun, penduduk di kompleks pangsapuri itu tidak begitu berminat dengan hidangannya.

“Selepas beberapa hari berniaga, saya terpaksa menutup kedai setiap satu hingga dua hari untuk menangani bau busuk kerana jiran-jiran mengadu mengenainya. 

“Saya memasang ruang pengudaraan berkapasiti tinggi dan juga menggunakan karbon teraktif untuk membuang bau tauhu apabila saya menggorengnya tetapi ia tidak pernah hilang sepenuhnya,” kata Khang.

Penduduk tempatan dikenali sebagai Van Khanh berkata, dia terpegun dengan bau tauhu yang diperam ketika dalam perjalanan ke China pada Mei lalu.

Katanya, tauhu peram di Vietnam kurang berbau busuk berbanding yang dijual di China.

Sesetengah vendor Vietnam berkata, mereka mengubahsuai resipi bagi memastikan baunya kurang ‘semerbak’ dalam versi tempatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI