fbpx

Wahana Hazwani, Siqma bukan lawan Casablanca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZWANI dan Siqma kini hadir dengan sebuah lagu rap bersulam irama padang pasir berjudul Wahana.

SEBELUM ini, lagu dengan suntikan elemen ‘padang pasir’, Casablanca menjadi pilihan pendengar mencipta ledakan yang bukan sedikit, bahkan meledak sehingga ke negara jiran.

Kini, sebuah lagi lagu dengan elemen hampir serupa, Wahana nyanyian Hazwani Helmi dan Siqma yang dikatakan bakal mengikut kejayaan Casablanca.

Diterbitkan Masyur dengan kerjasama Beegood Music Productions dan Universal Music Malaysia, Wahana dikatakan bakal mengulangi kejayaan Casablanca.

Sepintas lalu, pasti ada antara pendengar muzik menyangka Wahana ingin bersaing menduduki tempat di hati peminat selepas ledakan hebat Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Namun, prasangka tersebut ditangkis penyanyi Siqma atau nama lengkapnya Rahmat Zulhilmi Abdul Razak. Tegasnya, Wahana dan Casablanca jauh berbeza.

“Kalau orang cakap seakan-akan Casablanca mungkin sebab ciptaan komposer sama iaitu Amir Hufaz dan Shukri Sahari, tetapi bezanya Wahana diselitkan rap.

“Sebagai penyanyi saya menghormati komposer, namun kerana sudah terbiasa dengan rap saya masukkan rap dalam bahasa Arab untuk cetuskan kelainan,” kata penyanyi berusia 30 tahun itu.

SIQMA akui cabaran terbesar merakamkan lagu Wahana adalah melontarkan rap dalam bahasa Arab.

Bersaing secara sihat

Pada masa sama, Siqma tidak menolak sekiranya perlu bersaing secara profesional demi melonjakkan karya di mata dunia.

“Kalau bersaing pun kami akan lakukan secara profesional kerana hubungan kami baik-baik sahaja.

“Kami juga sama-sama ingin menaikkan industri muzik Malaysia supaya orang luar tahu negara kita mampu hasilkan lagu berkualiti,” ujarnya.

Pasangan duetnya iaitu Hazwani yang juga adik kepada penyanyi Heliza Helmi menjelaskan, ada perbezaan antara Wahana dan Casablanca walaupun mendapat sentuhan komposer yang sama.

“Secara umumnya, penyanyi, susunan lagu dan konsep Wahana berbeza dengan Casablanca.

“Lagu popular itu mempunyai ciri konsep Indonesia, manakala Wahana pula memasukkan lirik bahasa Arab,” tutur Hazwani.

HAZWANI melakukan solat Istikarah sebelum memutuskan persetujuan berduet dalam lagu Wahana bersama Siqma.

Mesej kebaikan

Mengulas lanjut perihal Hawana, Hazwani yang juga aktivis kemanusiaan berkata, karya berkenaan bukan sahaja segar bahkan mampu menyebarkan kebaikan buat semua.

“Sebenarnya rentak lagu pun sudah menggambarkan muzik yang segar seiring dengan peredaran zaman.

“Wahana membawa mesej kebaikan yang bukan sahaja boleh dihayati umat Islam tetapi demi kepentingan semua hidupan dan alam sekitar,” ujar pemilik nama Nur Hazwani Afiqah Helmi itu positif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI