fbpx

[VIDEO] Timbalan menteri dipuji pandai ‘nyanyi’ lagu nada tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian Nie Ching ketika 'mempersembahkan' lagu Gemilang, nyanyian Jaclyn Victor.

PETALING JAYA – Rata-rata orang ramai teruja melihat ‘bakat’ terpendam Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, menyanyi.

Menerusi perkongsian video di TikTok miliknya itu, beliau dilihat begitu asyik mengalunkan lagu bernada tinggi nyanyian Jaclyn Victor bertajuk Gemilang, sekali gus mendapat pujian ramai.

“YB pandai nyanyi menghiburkan peminat,” puji seorang pengguna.

“Hebat YB, bakat terpendam rupanya. Mantap,” komen Abunavalofmcap.

Namun, ada dalam kalangan pengguna yang baharu ‘sedar’ bahawa Nie Ching sebenarnya hanya melakukan mimik gerak bibir (miming) sahaja selepas melihat keseluruhan video tersebut.

“Nasib baik tengok sampai habis,” ujar QwanTT.

Persembahan Nie Ching itu sebenarnya ‘dibantu’ oleh salah seorang ahli dari Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang tidak diperlihatkan di awal video.

KOSMO! ONLINE sebelum ini melaporkan, enam wanita dari JaPen berjaya menarik perhatian ramai apabila dengan cemerlang membawakan lagu Putus Terpaksa secara bergilir-gilir.

Menerusi TikTok Pentarama Putrajaya, video nyanyian itu membuatkan orang ramai teruja dan tidak putus-putus memuji berikutan lagu tersebut tidak mudah untuk dibawakan kerana bernada tinggi. – KOSMO! ONLINE

@teonieching Tengok sampai habis okie🤭 @PENTARAMAPUTRAJAYA Thanks @Wadidiana ♬ original sound – Teo Nie Ching

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI