fbpx

[VIDEO] Lelaki, anak-anak kemas barang di pejabat arwah isteri undang sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian Shida di TikTok menunjukkan suami dan anak-anak arwah sahabatnya sedang mengemas barang-barang peninggalan arwah di pejabat.

PETALING JAYA – Kelibat seorang lelaki bersama anak-anak yang sedang mengemas barang peninggalan arwah isterinya di pejabat mengundang sebak orang ramai.

Menerusi perkongsian video Shida Syaril di TikTok, arwah merupakan sahabat baiknya yang meninggal dunia secara tiba-tiba sehingga meruntun hati semua.

“Hari ni suami dan anak-anak kau datang kemas tempat kau beb. Sedih sangat kami bila tengok anak-anak kau mengemas barang-barang kau masuk dalam kotak.

“Aku doakan semoga kau ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya pada kapsyen video tersebut.

Dalam masa sama, ada dalam kalangan pengguna turut berkongsi pengalaman sama selepas kehilangan orang tersayang.

“Ingat kat mak, kami pun adik-beradik kemas meja mak lepas mak meninggal. Mak cikgu sekolah rendah, semua cikgu-cikgu menangis masa tengok kami tengah kemas barang tu,” kata Nurul Khairah.

“Sampai sekarang barang-barang arwah suami saya masih dalam kotak. Kawan arwah suami tolong kemas dan hantar ke rumah. Saya belum ada kekuatan untuk tengok barang-barang tu,” kongsi @MamiAliSonic.

“Dulu saya minta kawan-kawan ofis arwah suami tolong kemaskan. Saya tak kuat nak pergi ke meja dia. Lalu pun saya dah menangis,” ujar Sitiruzanah pula. – KOSMO! ONLINE

@shidasyaril Masih terasa kehilangannya. Pergi dihari yg baik. #alfatihah #fyp #07072023 #NorainiGhani ♬ Salam Terakhir – Dato’ Sudirman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI