fbpx

PRN: Anwar seru rakyat perkuatkan Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketibaan Anwar di Taman Sri Gombak disambut meriah oleh orang ramai

GOMBAK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat Selangor memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Kerajaan Perpaduan perlu diperkuatkan supaya dapat melaksanakan kerja dengan baik kepada rakyat.

“Penamaan calon (PRN) pada 29 Julai ini. Saya harap kita perkuatkan Kerajaan Perpaduan supaya dapat jalankan kerja dengan baik untuk rakyat.

“Kita ada MB (Menteri Besar Selangor) yang baik. Kita ada Pengerusi BN (Barisan Nasional Selangor). Kita kerjasama dengan BN sekarang ini,” katanya kepada orang ramai yang menyambut ketibaan beliau di Taman Sri Gombak di sini hari ini.

Anwar seterusnya menegaskan, ada agenda perlu beliau laksanakan buat negara dan memberi jaminan akan menggunakan pengaruh serta kuasa dalam kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI