fbpx

PRK Parlimen Kuala Terengganu perlu diadakan dalam tempoh 60 hari bermula semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari.

PETALING JAYA – Kerusi Parlimen Kuala Terengganu disahkan berlakunya kekosongan luar jangka bermula 13 Julai 2023 (semalam).

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul melalui satu kenyataan sebentar tadi telah memaklumkan telah menerima suatu surat bertarikh 13 Julai 2023 daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang memaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah berlaku kekosongan luar jangka bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.036 Kuala Terengganu mulai 13 Julai 2023.

Jelas beliau, ini berikutan penyandang jawatan Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim telah tidak mengemukakan rayuan yang berakhir pada 11 Julai 2023 selaras dengan Seksyen 36A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kepada pihak Mahkamah Persekutuan.

“Rayauan tersebut susulan daripada keputusan Hakim Pilihan Raya pada 27 Jun 2023 yang mengisytiharkan pilihan raya umum bagi kawasan Parlimen P.036 KualaTerengganu pada 19 November 2022 adalah terbatal.

“Mahkamah Tinggi juga pada 1 Julai 2023 telah mengeluarkan Perakuan mengisytiharkan bahawa pilihan raya m u m bagi kawasan Parlimen P.036 Kuala Terengganu pada 19 November 2022 adalah terbatal.

“Sehubungan itu, pihak SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh kekosongan berkenaan,” jelasnya hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI