fbpx

PM makan tengah hari, solat Jumaat di Taman Sri Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketibaan Anwar di Taman Sri Gombak disambut meriah oleh orang ramai

GOMBAK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim makan tengah hari di gerai makan Sri Ayu di Taman Sri Gombak di sini hari ini.

Ketibaan beliau kira-kira pukul 12.30 tengah hari di premis makanan itu disambut orang ramai yang menunggu sejak pukul 11.30 pagi.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan seterusnya dijadualkan menyertai solat Jumaat di Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI