fbpx

Pita Limjaroenrat gagal jadi Perdana Menteri Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pita tiba di Parlimen Thailand sebelum pengundian untuk jawatan perdana menteri semalam. - AFP

BANGKOK – Pemimpin parti proreformasi yang memenangi paling banyak kerusi dalam pilihan raya umum Mei lalu, Pita Limjaroenrat semalam gagal mendapat undi majoriti Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri Thailand, lapor portal berita Wion News.

Pita, 42, yang mengetuai Parti Move Forward (MFP), gagal mendapat sokongan mencukupi kerana ramai anggota Parlimen mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian.

Berdasarkan pindaan peraturan pilihan selepas rampasan kuasa tentera pada 2014, parti yang mendapat majoriti di Parlimen masih perlu mendapatkan sokongan senator yang dilantik oleh tentera di Parlimen.

Pita gagal memperoleh 375 undi yang diperlukan untuk beliau menjadi Perdana Menteri. Pemimpin itu mendapat 324 undi daripada 749 anggota Parlimen, manakala 182 mengundi menentangnya dan 199 lagi berkecuali, demikian menurut agensi berita AFP.

Perikatan lapan parti pimpinan Pita itu menguasai 312 kerusi Dewan Rendah (Dewan Rakyat) dan beliau memerlukan sokongan sebahagian daripada 249 senator lantikan tentera di Dewan Senat.

Kekalahan Pita di Parlimen dikaitkan dengan janji pilihan raya MFP untuk merombak undang-undang melarang menghina monarki Thailand.

Sebilangan wakil rakyat menuduh beliau mencetuskan ketegangan dan cuba melemahkan keluarga diraja.

“Sudah jelas bahawa operasi ini bertujuan untuk menggulingkan (kerajaan diraja). “Bagaimanakah kami, para senator, boleh menyokong anda?” kata Senator Seree Suwanpanont menurut laporan portal berita The Guardian.

Namun, keputusan itu tidak menghalang Pita daripada bertanding semula kerana satu lagi sesi undian dijadualkan berlangsung minggu depan. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI