fbpx

Philipsen perkukuh status pakar pecut TdF 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHILLIPSEN

MOULINS, Perancis – Pakar pecut Belgium, Jasper Philipsen mencetus sensasi apabila melakar kemena­ngan buat kali keempat Tour de France (TdF) selepas melakukan pecutan bertenaga untuk melakar kemenangan peringkat ke-11 di Moulins awal pagi semalam.

Pelumba Alpecin-Deceu­ninck tersebut berjaya menawan perlumbaan sejauh 180 kilometer dengan melakukan henjutan sempurna 500 meter terakhir untuk melintasi garisan penamat sekali gus melepasi cabaran sengit pelumba Belanda, Dylan Groenewegen, manakala Phil Bauhaus dari Jerman di tempat ketiga.

Lebih menis pelumba ter­akhir yang melakar empat kemenangan peringkat perlumbaan di TdF ialah Mark Ca­vendish dari Britain yang dilakukan pada edisi 2021.

Hasil keputusan tersebut, Philipsen melebarkan kedudukannya dalam jersi hijau, manakala tiada perubahan dalam kedudukan keseluruhan dengan Jonas Vingegaard kekal menyarung jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan sambil diekori 17 saat oleh Tadej Pogacar.

“Ia adalah satu Jelajah yang luar biasa setakat ini. Saya sangat bangga dan gembira selepas melepasi saingan ini tanpa sebarang masalah biarpin berdepan saingan sengit.

“Saya benar-benar teruja kerana memenangi perlumbaan buat kali keempat tahun ini di TdF 2023,” katanya yang melakar kemenangan pada peringkat ketiga, keempat, tujuh dan ke-11.

Pada saingan tersebut, Philipsen yang digelar ‘Jasper the Disaster’ tidak lagi bergantung kepada bantuan rakan senegara dan sepasukannya, Alpecin-Deceuninck Mathieu van der Poel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI