fbpx

Pengemis lumpuh berlari ketika hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agus dirakam menunjukkan gaya sedih di hadapan orang ramai. - Detik

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi lucu seorang pengemis yang berpura-pura bisu dan lumpuh ketika meminta sedekah  di tepi jalan.

Laman berita Detik melaporkan, pengemis bernama Agus Prasetyo, 53, itu menipu orang ramai di kawasan Pasar Kembang, Yogyakarta.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), Agus pada awalnya kelihatan berjalan normal sebelum ‘bekerja’.

Setibanya di lokasi mengemis, Agus segera duduk dan berpura-pura lumpuh. Dia menghulurkan bekas kosong kepada orang ramai supaya diberi wang.

Bukan sahaja berpura-pura lumpuh, orang ramai di sekitar kawasan itu mendakwa Agus juga berlakon bisu ketika mengemis.

Penipuan Agus akhirnya terbongkar. Apabila hujan turun, dia tiba-tiba sembuh daripada lumpuh dan segera berlari untuk berteduh.

Selepas hujan, dia segera kembali ke lokasi tersebut dan menunjukkan gaya yang menyedihkan.

Setelah rakaman itu tular, Polis Gedongtengen berjaya memberkas Agus. Lelaki itu diarahkan membuat kenyataan bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan menipu orang ramai. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI